happy cow
maybe la perumpamaan tu tak sesuai untuk konteks cerita aku ni, tp students aku mmg mcm lembu. kalau ditarik, baru la bergerak.
first incident:
satu hari, gurunya memberikan perkataan untuk dicari maksudnya. syarat cikgu tu- meanings in english only, or in simpler words- no translation. sesudah diberikan masa beberapa hari, cikgu tu pun check la buku budak2 ni.
Nazrul (bukan nama penuh) adalah seorang pelajar yang baik. di dalam kelas, dia diam. dia jarang menimbulkan masalah kepada gurunya. walau bagaimanapun, diam Nazrul bukanlah diam ubi...diam ubi berisi. diam Nazrul kosong- macamana kosongnya ruangan jawapan untuk latihan yang diberikan.
Sebagai guru yang baik dan berdekasi, Mr K menasihati Nazrul untuk berusaha menyiapkan kerja tersebut. keesokkannya, Mr K pun bawa la Colour Oxford Dictionary & Thesaurus edisi 2008 untuk Nazrul gunakan.
al kisahnya...macamana Mr K letak kamus tu atas meja dia, macam tu ler kamus tu dibiarkan- tidak disentuh. Apa perlu Mr K rebus kamus itu untuk dia minum? or perhaps, inject the air rebusan kamus tu straight into his veins, or maybe into his brain could be better?
incident 2:
selepas cikgu mengajar, dia pun kasi la written work for the students. maka ditulis la atas whiteboard. again, sebagai guru yang berdedikasi, Mr K menerangkan macamana nak tackle such questions.
al kisahnya pelajar-pelajarnya hanya mendengar, ternganga tanpa mengambil nota, mahupun menyalin soalan-soalan itu.
apa perlu cikgu itu menulis soalan-soalan itu ke dalam buku pelajar-pelajarnya? mungkin, adalah lebih baik, cikgu tu pahat soalan-soalan itu di dahi mereka, maka tidak akan luput di ingatan mereka?
.....................................
mungkin, bagai kayu dan pemahat, sekali ketuk, sekali bergerak adalah proverb yang sesuai untuk mereka.
wallahu'alam.
so picture yg last skali tu picture Mr.K ke..?? lol
ReplyDeleteala.. ko pun sama 2X5 time ko sekolah dulu.. pemalas nak mampuih..
ReplyDeleteaku baik la. cikgu2 semua sayang aku. Lily Ruth especially. hehehhee
ReplyDelete